Born Singer (MUSIC)


Hi..

agak teruk la jugak..

First, aku start dengar lagu adult version sejak umur 4 tahun (2003). Dulu tak ada youtube and smartphone. So lagu ni, kakak aku yang beli album by Las Ketchup 
Okay, Ini lah album nya.


Aku rasa semua orang tahu lagu depa. Especially budak-budak 80 - 90an.





Pelik kan. Aku masa tu dah la umur 4 tahun. Lol lagu ni dah la sexy HAHA!
Tapi video kat atas tu club version, yang aku punya tu versi tepi pantai. Lagi cantik..
Ni antara Mv yang aku pernah tengok dulu :

 








Banyak lagi sebenarnya. First aku dah tak ingat. Second banyak MV dah tak wujud dekat YouTube (sebab dulu aku guna CD)

Okay! Naik je 5 tahun (2004) aku dengar lagu Hollywood macam Rihanna, Mariah Carey, Alicia Key, BacksreetBoys, Linkin Park, Beyoncé, No Doubt, Christina Aguilera, Célion Dion, P!nk, Dido, Mary J Blige, Black Eyed Peas, Scorpions, Spice Girls, Whitney Houston, Jay-Z dan lain-lain..😂

Mana aku dapat? Ni semua kerja kakak aku. Mana dia dapat internet masa tu pun aku tak tahu jugak. Time ni aku just dengar je~ sampai lah aku lemau & aku dapat tahu nak sebut pronunciation nya macam mana.. 

Then aku dapat phone. Yeay paling best dalam phone tu ada macam-macam lagu. Sebab phone tu kakak aku bagi. Ye la time tu dia dah ada phone canggih sikit, yang ordinary ni dia bagi kat aku.Jenama phone tu BLACK ICE. Kome tahu tak? phone tu sekarang dah tak wujud. Serius aku kata. Kalau korang Google memang tak ada. 

Tada! Ada lagi. 

Ada Camera baiii !

Lagu-lagu semua ada dalam ni. Best sangat. Phone ni pernah masuk longkang then mati tak boleh on. Aku nangis. Yela, dah sayang sangat,mesti nangis. Then abah pergi jemur,Alhamdulillah hidup. tahpape.

kenapa aku dari kecik dah macam ni, terdedah dengan lagu yang bukan genre aku? Aku tak tahu la, adakah benda ni salah atau tak :( Sebab family aku memang minat. Jadi aku pun minat. Actually,kita orang memang kaki karaoke. Kat rumah,kita orang ada set karaoke sendiri,ibu abah suka beli macam-macam cd karaoke ♥ Aku dah start masuk audion Bintang Kecil sejak umur 8 tahun. Then masuk pertandingan karaoke pastu dapat tempat ke2 HAHAH. Ye la,bakat kot! dapat la hadiah berbentuk duit. Banyak jugak pertandingan aku join. Masuk je sekolah menengah aku dah tak nak. 

Bukan aku sorang je masuk pertandingan, Ibu, kakak2 aku pun. Depa ni Juara Karaoke Battle IPD Hilir Perak (2005) Balai Polis kita orang yang kaut semua! Sebab en, Balai Polis kita orang memang semua kaki karaoke & kreatif siap buat rehearsal kat rumah aku lagi,(sebab rumah aku je ada set karaoke) Aku perati je sorang-sorang. Ye la aku tak masuk apa-apa pertandingan. Lantak la kome lah.

Dari sini, aku tahu macam-macam genre lagu : rock melayu, slowrock, indo, dangdut, tradisional, pop, hollywood

 dan aku aku fanatik  XPDC , SEACRH  , WINGS 💢

Then, parents aku tak kisah aku dengar lagu apa hahah. Sebab semua genre aku bantaii.


Okay, ini last genre aku!

K-POP

Dah masuk 8 tahun aku rasa. Macam mana? Dari kakak aku jugak. Dia dulu student universiti. Dah ada laptop & dapat download macam-macam lagu dan video best best. Ye la uni dulu tak de TV. Bosan kan. 

Bila dia balik cuti sem,dia akan pasang lagu-lagu ni dekat bilik. Bilik masa tu kami share. 

Kumpulan first yang aku dengar ialah Big Bang.Then 2PM, 2AM, F(x), Super Junior, dll.

Aduh kena pulak time tu Malaysia viral kumpulan WONDER GIRL lagu NOBODY 


Lagu ni Top kat Malaysia dulu-dulu (release 2008) Now Kumpulan ni dah disbanded :(


(2010) Then ada pulak member sorang ni suka datang rumah aku naik basikal then bagi aku majalah klik. Majalah ni paling top dulu sebelum e-pop. Walaupun majalah tu dah lama,dia suka bagi aku. Sebab dalam majalah tu ada banyak Poster!

Banyak jugak lah aku kaut, Poster Girl Generation, 4minute, Salena Gomez pun ada ko tahu. Walaupun aku tak kenal depa, tapi aku suka sangat. Then tampal kat bilik. Alaa perempuan kan. 
Sampai la masuk sekolah mengengah aku dah dapat download lagu sendiri & MV

Start sekolah menengah aku kenal & dengar lagu depa such EXO, MBLAQ, 4MINUTE, GIRL GENERATION/SNSD, 2NE1, GLAM, SHINee, Infinite, Miss A, Ft.Island, B.A.P, iKON, SISTAR, Red Velvet, Girls Day, A Pink, T-ara, Twice, Got7, Black Pink, I.O.I  ..

❤ lepas tu tetiba jadi ARMY eeeeee YA ALLAH 


 ini logo lama.

OKE YANG NI.


Walaupun aku kpopper, tapi aku masih tak lupa asal-usul aku dulu. I'm still layan rock melayu,jiwang,metal,hollywod,hiphop,R&B banyak lagi 😅 


Then aku nak tahu sangat, kenapa ada sesetengah orang benci KPOP ? 

IDOL :  Depa masuk academy since sekolah rendah kalau korang nak tahu la. Masa mereka sangat padat. nak bahagi masa dengan study dan latihan. sebelum sah menjadi artis mereka digelar Trainee, sekurang-kurangnya 5 @ 3 tahun. Depa akan masuk satu agensi hiburan yang berdaftar,bila dah besar,mereka akan jadi idol & ubah penampilan (Sebab tu ramai yang kata depa ni PLASTIK sebab ubah penampilan.Actually tak). Korea terlalu banyak klinik macam ni. suntik vit la haih banyak! teruknya korea ni bagi aku, ko kena cantik. no gemok, cause latihan latihan latihan. kadang2 netizen Korea lagi teruk dari Malaysia. ko banyangkan idols korea banyak yang bunuh diri sebab depression. itu lah kelemahan mereka.

Agensi Hiburan Untuk menjadi Idols


 Walaupu sebuk dengan hiburan & training, majority idol korea adalah lepasan universiti dan pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi 💪Tak lupa jugak semua artis korea ni ada sukan olimpik tau (ISAC). Tiap-tiap tahun ada. So, depa ni bab sukan & sihat kan badan pun bagus ;)


ISAC 2016

Nak jadi Kpop idols ni tak kisah dari negara mana, Now ramai idols yang berasal dari Thailand,China,Jepun,US,UK,Canada banyak ahh..

  

Tak boleh dinafikan, Semua impian anak muda di Korea Selatan adalah untuk menjadi idola yang bertaraf antarabangsa malah mereka nak mengubah nasib keluarga :')

Kat Malaysia kita boleh nampak, Zaman sekarang ni kalau nak popular,jadi penyanyi senang ja. Show off la suara dan muka yang cantik atau kacak di laman Youtube dan VIRAL lah mereka. 

Setiap Negara lain cara nya :))

renungkan..



Comments

  1. Play Online Casino No Deposit Bonuses 2021
    Free 1xbet korean spins no deposit are a nice bonus in a 인카지노 casino online where you can play a variety of slots and table games. Free Spins Bonus. febcasino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts