My ambition since childhood

"What your ambition since childhood?"


Mesti masa kecik-kecik ramai yang bercita-cita nak menjadi seorang guru,doktor,anggota polis,bomba.. first of all semua pekerjaan yang aku suka ni adalah kerja gomen (hahahha) 



1. Yes! masa kecik aku suka jadi cikgu : Benda ni,semua kanak-kanak akan berangan,siap ajak member lagi tu HAHA. Kat tangan bawak buku-buku sekolah,pembaris/rotan,pen merah then kat bahu ada handbag.huhu.Ohh lupa! kami pakai Handphone yang guna battery AAA made in China.

Time aku dulu tak guna pun pen marker. Aku guna kapur,cilok kat sekolah rendah. 

But now,aku tak berkenan jadi cikgu. Sebab..EMM Aku tak tahu lah,mungkin kalau suatu hari nanti kalau aku jadi cikgu,...itu cuma "NASIB" bak kata lain "REZEKI"





2. POLIS. Aku suka kerja ni. Walaupun tak kena dengan aku, Means aku ni dah la cepat koyak. Kadang-kadang tengok iklan sedih-sedih pun aku boleh sebak. Tapi aku berani,berani menuntut hak. Hahaha. Ya betul, kalau benda yang akan menjatuhkan aku,aku akan straight betul-betul. Tak kisah kau siapa,kau tua,kau muda aku akan buat. Tapi tu ah, Aku nak masuk polis ni ada sebab jugak. First,nak kuat kan fizikal & mental. Lantak lah kalau training kat pulapol suatu hari nanti, aku nak menangis ke nak menjerit ke,aku nak lepaskan semuanya. Bagi aku ni gasak!. Itu harapan aku. AKU MASUK POLIS SEBAB NAK BAGI KENTAL. Tak lupa juga,aku nak mewarisi abah. Walaupun pada mulanya abah tak bagi aku jadi polis sebab, dia tak mahu anak dia kena seksa macam dia dulu. Seksa tu bukan nya kena seksa macam kes jenayah tu (haha vangang),maksud nya seksa training dan kerja. Now abah sarankan aku masuk polis sebab KAMI SUKA KERJA KERAJAAN 
Okay la jugak kalau aku dapat jadi polis. Walaupun polis tak de kena mengena dengan art,hahaha adoii.. 

Oh lupa, ni kan cerita masa childhood. Masa kecik aku nak jadi polis sebab uniform nya,ada weapons hahah, bila masuk pejabat abah kerja wahhh ada computer,tv,aircond,walkie talkie,lokap,buku laporan hahah yang paling abah annoying,bila aku masuk je pejabat dia,aku main cop. Ambik kertas A4 kat laci then cop,cop,cop,cop sampai habis ink orang tu. Terus abah halau aku. Ye laa ye laaaa. (aku pun balik naik basikal) 




3. Pelukis/Artis : Aku memang suka ni. Tu je aku nak bagi tahu. bye.



4. Arkitek. Aku pilih arkitek sebab, aku dah start pro dalam SketchUp sejak sekolah rendah.


 

 

 Selain aku guna sketchup ni, dari kecik aku suka lukis plan rumah aku sendiri hahah. Aku buat bahagian bilik,ruang tamu,dapur then lukis la macam-macam furniture dalam tu. Best nya berimaginasi.. lepastu suka sangat beli benda ni.


 


Tu ja cita-cita aku sejak kecil.

Bila masuk je sekolah menengah,cita-cita aku hilang. Bila orang tanya,cita-cita nak jadi apa? Aku diam je. Ko tahu tak? Masa kecik kita seronok cakap nak jadi macam-macam, dah besar ni baru kau tahu betapa susah nya ingin mencapai kejayaan. kan?





  

 












Ni antara sketch yang aku masih simpan.


Jangan kata jadi Artis ni tak dak masa depan. Aku lempang sorang-sorang. Dunia ni tanpa seni, kau tak kan jumpa TV, smartphone,bangku,meja,kipas,katil,beg,kasut,kereta.. kerana asalnya semua direka cipta oleh orang yang berseni. ''World without art is just eh?"

Cita-cita aku... aku tak kisah janji berkaitan dengan seni + kemahiran. 

Seni? Sangat banyak. Pelukis,chef,penyanyi,pelakon,penerbit,pengarah,photographer,model,arkitek,pereka dalaman,dancer,jurusolek,fashion designer,kartunis,cikgu seni(HAHA),penulis lirik,pemuzik,penyajak,uhh ape lagi ye..

Tapi buat masa ni, aku mintak je macam-macam kerja. Zaman la ni jangan memilih sangat peluang pekerjaan. Kalau rasa boleh bawak,teruskan. 

"Number one future career is a government worker?" 

"Hey you,what's your dream?"

"Don’t worry about college,
I’ll at least go to a school that’s far away"

"Please grow up, you’re all talk dude,
you have a glass mentality, boy.
(Stop) Ask yourself if you’ve ever
worked hard for anything"

"dreams are a special pardon
Ask yourself about your dream profile.
Become the main subject of your life
that has always been suppressed"

Comments

Popular Posts