24/7 = Heaven


Hi ❤

My childhood is already gone :(

Tempat pertama aku membesar,manusia pertama aku tatap,persekitaran yang aku tinggal,udara pertama yang aku sedut hanya dapat dikenang sepanjang hayat :) 

Tempat pertama aku membesar di Bagan Datuk Perak.

Yes, dahulu Bagan Datuk tidak semegah mana. Now dah jadi Daerah baru! Tak lama lagi Bagan Datuk jadi tempat perlancongan.


2017; Dataran Bagan Datuk dalam proses pembinaan. 


1999






Aku di besarkan di Balai Polis Bagan Datuk.

and.. aku masih ingat alamat rumah lama aku ahhaha. 


 Aku dan family dulu duduk satu rumah 6 orang. Emm 6 orang tapi ada 2 bilik je. Bayangkan. 

Aku tak tahu situasi dalam rumah macam mana masa baby. Yang aku ingat pun aku suka tidur dalam buaian,lepas tu menyusu & nangis ._.



Ini lah kanak-kanak dan ibu-ibu yang pernah wujud pada masa dahulu HAHA

Masa umur-umur macam ni,ramai kawan. Bila dah besar semua dah pindah. Aku tu haa, yang pakai baju popeye hahah.



     Part dapat basikal baru ni pun aku tak ingat sangat. 
Masa ni duduk rumah tingkat 2. Tak ingat langsung -_-"

Mujur la ibu suka tangkap gambar.Dapat la tengok balik gambar dulu-dulu. Dari muda sampai sekarang bergambar je tahu nya hahah.  
Ya sebab perkara tu tak kan datang lagi,sebab tu lah ibu suka tangkap gambar jadikan kenangan :)



Ni la hobi mak-mak kat berek polis. Masak & berkelah ramai-ramai.


 2007

Dulu aku tinggal di tingkat 2, Blok B

Pada tahun 2007 pulak kami pindah rumah bawah.Bawah sekali. Sebab nak memudahkan majlis perkahwinan abang aku yang sulung. Betul la kan,bila kenduri kendara ni,kau rajin ke ulang-alik naik atas? Lagi pun kalau duduk berek ni senang. Nak pindah blok mana,tingkat mana sukati je. janji minta kebenaran ketua.

Tapi rumah tingkat 2, aku ingat-ingat lupa la,sebab kecik lagi.

Rumah bawah aku paling ingat. Ye la tahun 2007,aku darjah 2.

Bila abang,kakak dah kawen, tinggal lah kami berempat je. Ibu abah aku dgn kakyang. 

Kakyang masuk U, tinggal lah bertiga hahah.Makin lama,makin berkurang.

Member??

Bila masuk sekolah ni, ada la kawan. Dan pandai jugak la aku keluar rumah. Hahah, dulu masa duduk rumah atas,aku jarang keluar. 

Ramai jugak la budak-budak dekat dalam berek ni. Kadang-kadang kami tak keluar dari kawasan balai pun. Sebab ramai dah kawan dalam ni. So enjoy kat dalam kawasan balai je la.

And now,aku pun tengok depa ni, ada yang dah bekerja, dah kawen, ada anak, hahaha macam tak sangka.

Aku merasa la jugak main game budak-budak 90an

Paling best aku join budak laki main bb gun pistol. Aku tak pegang pun pistol tu,tapi aku join je. Lari la sana sini macam orang tengah perang tu.



Takut la jugak masa tu. Sebab kami buat war dalam building. Berek kami tu ada 5 tingkat. Haaa cari la rumah kosong mana-mana boleh menyorok. Dah la gelap,penat, kena peluru bb gun lagi.

kawan aku masa tu semua umur jauh-jauh. and bukan sebaya.


aku rasa ada yang dah menengah and aku sekolah rendah/tadika masa tu.

Best la. Ada abang-abang, kakak-kakak yang perangai macam tu, lepas tu ajak main guli la, rounders, layang-layang, bola tampar, tuju selipar, nintendo, carrom . Paling kelakar,kami dah set time. "Okey esok pagi pukul 8 pagi dah ada kat padang!" Aku pun excited la. kita orang selalu set time kalau hari SABTU dengan AHAD. Dengan ada turun rumah dengan tak mandi nya.

2009

Tahun ni, budak-budak semua dah besar. Mana yang main guli,bb gun tadi tu semua dah pandai nak lepak-lepak luar HAHAH. Tinggal lah budak-budak sekolah rendah ni bermain dalam kawasan balai ni,aku la tu :(

Yang aku rapat pun dengan sorang kakak ni. Walaupun masa tu dia dah sekolah menengah,dia suka layan budak-budak. Aku masa tu suka datang rumah dia ni. Tak kira la bila. Tengah hari ke,petang ke, kadang-kadang dia tengah lipat kain, aku jenguk la kepala kat pintu rumah dia. Lagi pun keluarga dia ni baik dengan aku. 

             
       
Aku terpikir jugak, aku ni mesti annoying dulu. Dia tak rimas ke aku datang rumah dia selalu :( Dia tak pernah marah aku. Layan je. Ye la,aku datang pun bukan mintak makan ke, datang nak jumpa dia sebab ..kakak aku takde. depa belajar dan bekerja di luar perak. then, kadang-kadang lipat kain sekali dengan dia hahahah. and tengok tv sekali la.

Kawan aku dalam berek pun masa ni, 3 orang ja.

tiga-tiga tu lahir pada tahun 2000

Farliyana , Hanisah & Intan 
( Aku teringat jugak Intan ni,srsly aku lost contact. Tak tahu la mana dia pergi )



Ni la port kami. Pondok ni betul-betul sebelah pejabat. Kita orang suka kat sini sebab boleh on tv. Dulu rumah kami tak ada astro, so kat pondok ni ada.
Kadang-kadang kami study kat sini, makan kat sini, main masak-masak

Kita orang je la budak-budak yang suka main-main kat luar rumah masa tu.Terasa sedih jugak. Dulu punya ramai member, la ni tinggal 3 je member aku ?

Lagi sedih kalau aku tenung rumah-rumah member aku yang dah kosong tanpa penghuni tu. Dulu aku nampak kawan dari bawah ke tingkat atas,dok lambai-lambai tangan. And jerit dari bawah,panggil ajak main,berkelah and makan macam-macam :'(



 Aku teringat pagar belakang tu.

Pagar tu la selalu aku bukak tutup,bukak tutup. 

Macam ni, kami kalau pergi bandar biasa nya petang. Tunggu abah balik kerja,baru gerak.Ye la shopping bagai nak rak sampai rumah pun dah malam. 
Selalunya pagar Balai ni akan tutup pada pukul 11 malam ke atas.

So bila nak sampai rumah, aku pura-pura tidur dalam kereta,sebab tak nak bukak pintu pagar HAHAH.

Antara aku dengan kakyang, Aku lah selalu kena disuruh bukak pintu pagar.

sampai je depan pagar ni, ayat ibu keluar lah. 

" Adik,bangun. Pergi bukak pintu pagar tu "

Aku pun turun lah kereta, pergi bukak pintu besi yang besar dan berat tu!

DENGAN RELA

Pada 23/9/2017,hari tu aku datang la Bagan Datuk. Bergambar depan pintu pagar. Teringat balik. Nak gelak pun ada, sebak pun ada. Dapat la peluk pagar.

 


Gambar atas ni sebenarnya bukan blackboard. Tapi ni pintu kayu. Pintu bilik tangki air. Kat situ ada tulis 'ROSE SHAMIMIE 4C' & NUR FARLIYANA 3G'

Sampai sekarang tak padam. Lagi pun aku sorang je kot yang perasan ada nama aku kat situ. Heee..

Tak berapa jelas pun nama tu,tapi aku tetap nampak. Sebab aku yang tulis. hahahha. 

.

Walaupun Bagan Datuk kawasan kampung dan pekan kecil,tapi best 'beno' HAHAH

Kenapa best? Sebab masa tu aku budak lagi. Kanak-kanak dengan dunia mereka ja. Kalau dah besar,baru lah terasa bosan nya..

2012

Ni tahun last aku tinggal kat sini. 

Pindah la.

Orang lain sibuk packing barang, aku terduduk,sandar dekat dinding termenung.

Masa tu memang tak sangka yang aku akan pindah.

Sini lah tempat aku membesar, dan berakhir macam tu ja.

________________________________________________


Dah berapa tahun tu, aku datang la jugak tengok rumah lama,

lagi pun kami datang balai tu,sebab ada member-member ibu abah lagi.

boleh la datang melawat,tanya-tanya khabar.

Semenjak kami pindah, balai memang macam hutan. Tak terjaga. Lalang sana sini, senang kata 'usang'

Berkerut jugak la aku tengok kenapa jadi macam ni?

Bila aku datang rumah lama aku, aku akan duduk bawah pokok pelam depan rumah lama kami. Kat situ la,setiap petang kami sekeluarga minum-minum petang. Makan pisang goreng,cicah pelam,air teh,air kopi. HAHAHA

Bukan setakat kami sekeluarga je. Setiap petang,penghuni berek tu akan turun beriadah :)

Lagi satu,aku tengok pokok tu dah tua. Semenjak kami pindah, pokok tu buat hal. Maksud aku,buah dah tak ada,daun gugur,semut penuh,getah pokok sana sini :( 

Aku tahu,pokok tu merajuk sebab kami pindah. Kami lah yang menceria kan dia.

Tak sangka pokok aku jadi teruk sangat. Oh lupa,pokok pelam tu ada buaian yang abah buat untuk aku. 
.

Mungkin dia buat hal sebab kami dah tak ada dengan dia HAHAH

.

NOW 2017,Pokok pelam kami dah ditebang. Tak ke menangis aku tengok?!

Biar la pasal Pokok tu 

_______________________________________________


Jadi zaman kanak-kanak kita semua dah lepas :)

Masa kecik dulu sibuk, tak sabar nak jadi orang dewasa.

Bila dah besar, nak jadi kecik balik. 
Sebab dugaan & cabaran tak kan pernah henti untuk kita di alam dewasa ini.
Kita tak boleh lari dengan semua tu. Mesti tempuh walau berat macam mana.


Zaman kanak-kanak lah paling 24/7 = Heaven!




Comments

Popular Posts