Kenapa buat BLOG?



Assalamualaikum.. 💕 

Kenapa aku buat blog?

Jawapannya banyak. Aku dah lama buat blog. Tapi tu dulu,masa aku sekolah. Satu faktor jugak ; aku kekurangan masa untuk menulis blog. Walaupun macam-macam cerita kita nak luah,tapi tak ada masa. Yela pagi sekolah,balik rumah penat sampai tertidur. Selain tu petang ada aktiviti sekolah lagi. Malam Homework pulak :) NOW AKU KAT SINI SEMULA.

Ramai yang pelik,kenapa AKU ni kat Instagram,Facebook,Twitter macam bukan diri 'aku' sendiri. Aku suka post benda yang tidak berkenaan dengan diri sendiri. Lagi-lagi Instagram. Aku boleh kira gambar muka aku dalam tu. Selebih nya semua benda lain.  

Sebab tu lah aku wujudkan Blog ni. 



Jadi di sini lah segala nya tentang diri aku.
(Tak Ritsu tu kenapa terkejut tengok dahi sendiri? Baru perasan kot luas)

Siapa yang interested je la akan baca blog ni. So,automatik dia tahu aku macam mana. Nampak tak? Hanya orang yang baca blog ni ja yang tahu semuanya. 

❤❤❤❤❤❤

It's okay. Aku tak letak pun apa-apa button FOLLOW dalam blog ni. Tak follow pun tak apa. Korang fikir "ini semua tak penting." Just aku buat blog ni for my self to say anything. It does not mean aku tidak cukup kasih sayang ibu abah. Ia cuba HOBI. Jujur ; aku ni tak banyak cakap. Aku akan cakap bila aku nak je. Tapi bila dengan member.. Haaa sebab tu aku suka benda alah macam ni (blog) kita boleh create macam-macam benda yang comel-comel,cantik-cantik,boleh letak gifs,boleh letak gambar,video macam-macam lah. Ia nampak happening gitu kan :) 

Aku tak pernah ada diary. Contohnya dalam buku. Buku yang berkunci ke password ke. Sebab,nanti aku tak tahu nak letak buku diari tu kat mana. And takut tak terjaga. Ye la! Diari kot,mesti kena bawak selalu kalau nak kemana-mana.Kalau kau letak kat rumah je,tu bukan diari nama nya dek. Sungguh menyusahkan -.-" Oleh itu,manfaatkan teknologi yang ada ini. Sebab itu blog ni nama nya Open Diary. Lantak lah siapa nak baca, tak payah aku nak letak kunci mangga ke password ke NO. 

Tu sahaja.. Anyeonggg~



Comments

Popular Posts